Guru & Bayi 6 Bulan Maut Dalam Kemalangan


TANJONG KARANG - Seorang guru lelaki dan bayi perempuan maut dalam kemalangan di Jalan Klang-Teluk Intan berhampiran pekan Sekinchan, pagi tadi, lapor Harian Metro

Dalam kejadian jam 7 pagi dalam keadaan cuaca hujan lebat dan jalan basah, mangsa, Mohd Faizuri Ibrahim, 33, yang memandu Perodua Alza dari arah Sekinchan seorang diri dalam perjalanan ke sekolah gagal mengawal kenderaan lalu terbabas ke laluan bertentangan

Pemandu kereta Proton Perdana gagal mengelak lalu berlaku perlanggaran menyebabkan Perodua Alza itu terbalik. 






Menurut Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Nor Azmi Isa berkata, kedua-dua mangsa, Mohd Faizuri Ibrahim dan bayi kepada pasangan yang berada dalam kereta Proton Perdana tersebut, Nur Qaireen Khalisya Anuwar, 6 bulan, meninggal dunia di tempat kejadian. Manakala ibu bapa bayi berkenaan cedera di bahagian lutut dan patah lengan kiri. 

"Keadaan tiga lagi penumpang yang juga anak suami isteri berkenaan tidak dapat dikenal pasti kerana dirujuk ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - The Reporter
Share on Google Plus
}); });